Monday, March 10, 2008

Kali Pertama Yang Membahagiakan

8 Mac 2008 3.26pm

Tiba di tumit SMK B_ _ it _ _ _m_n hujan mendadak mencurah.Ini petanda baik. Ana memperlahankan 'snow white' menuju medan mengundi. Menjeling cermin melihat adik ana yang menjadi 'OKU sementara' gagah sertai'rombongan' ana menunaikan tanggungjawab yang satu ini.

Suasana lengang. Ana rasa rugi pula tidak merakam detik unik adik ana yang bertongkat menarik tumpuan umum. Pada ana, mungkin orang rasa; 'inilah pemuda harapan bangsa yang sanggup berpayah demi membereskan amanah sebagai rakyat.'

Tapi, di benaknya (adik ana) berbisik, tentu orang akan tertanya-tanya, berapa BN bayar untuk dua undi darinya.

Wallahu'alam, kerana itu hanyalah tasawur dalam gelung fikiran masing-masing. Tuntasnya, ana rasa lapang dada dapat tunai kewajipan, dalam masa yang sama, walau tempat ana kalah pihak yang ana sokong sebagai proksi, namun di tempat lain lebih kehadapan minda mereka. SYABAS!!!

Begitu nusrah Allah hadir bersama tumpahan mutiara tidak terhitung, jua darah yang tiada terbayar dengan malang yang 'mereka' undang.

Dirgahayu ISLAM yang MEMODENKAN, bukan MEMODENKAN ISLAM.

Katakan TIDAK kepada ISLAM HAD HARI...

.:: al-Islam ya'lu, wala yu'la 'alaih::.


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home