Wednesday, June 19, 2013

Tarikh signifikan 19 - 29 mei 2013


Tuesday, August 17, 2010

Aku kembali kerana kasih...cinta suci yang abadi!

Sedih, punya la banya anna taip tuk latest entry, alih-alih hilang macam tu je. rasanya arini adalah karya terbaik anna. Biasanya anna buat back up. Sangat sedih la.. bila dapat idea balik, anna harap dapat menulis sebaik tadi. Punya la lama duk depan pc sekolah. Dihampakan oleh kelmbapan teknologi dan kepeningan pc. harap sabar. Puasa kan...


Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan El Kareem


Alhamdulillah...dengan izinNya anna sekeluarga dapat lagi menghirup aroma Ramadhan 1431H.

Meskipun, langit lain yang menaungi anna, malah bumi lain yang anna injak. Namun tempat ini bukan asing bagi anna. bumi kelahiran abah yang dihormati.. anna bersyukur sangat dapat menumpang doa Tok Guru, malah golongan 'alim ulama' di tanah rendah sekebun bunga! dah lama anna memasang niat untuk jadi sebahagian daripada warga negeri Serambi Mekah ni. Peluang yang datang bergolek takkan anna pandang saja. Syukur juga sebab semuanya smooth. Siapa sangka, jajahan yang paling sukar untuk ditembusi oleh malah pribuminya sendiri yang sering bertukar tempat kerja. Alih-alih anna yang hanyalah menumpang kelebihan bersuamikan rakyatnya, dapat berteduh di kota yang paling sesak selepas KL. Menarik betul rasanya pengalaman yang tak diduga ini... rezeki Wafa'. Allah Maha Kaya dan Pemurah..

Bayangkan aturan cantik Allah itu..
Mula-mula anna dapat tahu daripada makcu, menantu sepupunya (pakya) mengajar di Pengkalan Chepa. Nak bertukar ke Temerloh. Maka anna lantas dihubungi oleh menantu pakya yang dikenali sebagai fairos. Dalam hati anna ada sekuntum bunga yang sedang kuncup menanti mekarnya harapan...
Walaupun gembira, tapi ada sesuatu yang menganggu. fairos sudah berjanji dengan ct rafeah untuk bertukar suka sama suka. habis, apa tujuan dia hubungi anna? masa tu, memang anna frust dan sesak nafas. dalam hati, anna terkilan juga. kenapa contact anna sedangkan dia ada partner untuk bertukar? tidak tahukah dia betapa tinggi dari Everest lagi impian anna??

sampai suatu masa dan ketika, fairos tidak sabar lagi untuk memproses permohonan bertukar suka sama suka. sedangkan, ct rafeah menghadapi masalah dalam urusan temuduga pengesahan jawatannya. tentulah masalah ini akan menganggu kelancaran proses pertukaran. maka, tidak semena-mena, anna dihubungi lagi. kali ni anna biarkan fairos sendiri mengatur rancangan. dia sanggup untuk mungkiri janji bertukar dengan ct rafeah dan beralih untuk bertukar dengan anna saja. tambahan pula, suaminya mengajar berdekatan dengan rumah yang kebetulan sedaerah dengan anna. memang pakej hebat la kalau dia buat keputusan untuk bertukar dengan anna saja. habis, macamana pulak dengan ct rafeah? anna fikir juga perasaan dia. dan anna ada juga meletakkan diri anna di tempatnya..alangkah kecewanya dia..itu sudah pasti!

sudahnya, fairos tetap bulat tekad untuk bertukar dengan anna. kira anna ni macam ditelan pahit, dibuang sayang dibuatnya. tapi, memang anna tak berani bercakap dengan ct rafeah sendiri tentang konflik yang berlaku. anna serah sepenuhnya kepada fairos. sebab dia yang berjanji juga meleraikannya. anna hanya menadah tangan kesyukuran pada Rabbul Jalil. kerana Dia terlalu mendengarkan keluh kesah anna. juga doa Wafa' yang ketika tu bermain dalam rahim uminya. mungkin...

dipendekkan kisah, disember 2009 anna diarah melapor diri di salah sebuah sekolah di Pengkalan Chepa KB. dan fairos ke sekolah anna. pelbagai pahit getir selama membuat urusan pertukaran ini, terbalas juga dengan senyuman paling manis.akhirnya, mekar jua sekuntum bunga dalam hati anna!

kenapa anna teringat balik pasal ni ya? pertama sebab dah lama anna tak buat entri dlm blog kenang-kenangan daripada ustaz zul(sahabat lama di Keherah dulu) ni. keduanya, sekarang baru anna rasa sendiri rezeki anak ni luas. tidak semesti dalam bentuk materi. malah emosi, kebahagiaan dan sebagainya.. dan yang ketiganya, anna seronok sangat jadi warga KB melalui jalan-jalanNya yang tidak disangka-sangka! Alhamdulillahi masyaAllah! terima kasih juga kepada Bahagian pertukaran di Putrajaya kerana menjadi wasilah kegembiraan anna sekeluarga. semoga Allah merahmati setiap amal soleh kalian.


Tuesday, December 29, 2009

Maseh ada yang SaYaNg

aDuHai...
rupenye anna ada blog. punya lama cuti segala-galanya.
terhenti tulisan anna ibarat noktah nadi. macam-macam terjadi sepanjang 'khalwat' anna dari bertamu ke blog.
sekarang anna cuba untuk bangkit demi segenggam tabah yang dipinjam al-Mutakabbir. semangat membara, cuma keliru dari mana nak bermula. semoga terus dibuka ruang oleh Allah tuk mengisahkan rahmat yang mencurah!


Sunday, June 21, 2009

cerita Tok AbAh & aBaH UsaMaH


Alhamdulillah, syukur berpanjangan ke hadrat Rabbul Jalil kerana masih memberi ruang dan peluang kepada anna tuk menatap wajah insan tersayang dalam hidup anna.

Gambar ni diambil masa majlis konvo tamat diploma pendidikan jQAF di Dewan Sri Siantan, Putrajaya tahun lepas.

Anna rasa bertuah kerana berpeluang menjadi anak kepada Hj. Muhammad Azaman bin Mohd Zain. Pernah anna terfikir betapa siapa pun mak anna, tetap anna akan berabahkan ABAH yang baik ini. Kerana kita semua berada dalam diri abah, ayah, walid, abi, papa, daddy, apak, bapak dan segala gelaran yang merujuk kepada insan lelaki yang paling dihormati dalam institusi kekeluargaan.

Meskipun begitu ibu, ma, umi tetap unggul. Walau hanya dilantik sebagai tempat transit anak-anak sementara (9 bulan 10 hari) dalam qararin makiin nya. Allah tetap menganugerahkan keistimewaan 3x sebelum abah! Indah jadi perempuan..

..dan amat beruntung sebenarnya bagi abah anna sebab dia dikurniakan 4 orang puteri yang dibesarkan mewah kasih sayang. Janji Allah buat insan lelaki yang berbuat baik kepada jagaannya di kalangan perempuan dengan sebanyak kebaikan di akhirat nanti.. semoga Abah di tempatkan di syurga paling tinggi di sisi Rasulullah SAW, serta diberikan keberkatan, kesihatan, kesenangan, ketenangan, kelapangan ketika di dunia ini.

abah yatim sejak berusia 5 tahun lagi. tinggal dengan ayah tiri. faham-faham sendirilah... betapa tidak sama dengan ayah kandung yang lebih awal menyahut undangan Pencipta. walaupun, gemulah tuk ayah Zain ex-penggawa Kok Lanas ketika tu (comfirm tidak sedikit jugalah harta peninggalannya) tapi hidup abah agak tidak seberuntung kanak-kanak seusianya yang punya ayah sebagai pelengkap.

hartanya dijaga oleh seorang saudara dekat yang dipercayai. malangnya, bila nak minta duit untuk beli keperluan sekolah, kerap diberi alasan oleh pemegang amanah tersebut. mungkin disebabkan abah 3 beradik lelaki, maka tetap tabah teruskan hidup dalam kekurangan tidak hanya kasih sayang, malah keperluan asas hanya sekadar boleh, sedangkan haknya sebagai anak yatim kepada 'orang besar' dinafikan terus.

hingga membawa abah ke Singapura menjejak gemulah nenek yang berkahwin lain dan menetap di sana bersama suami barunya. abah menyambung persekolahan di Bukit Merah hingga SPM.

tanpa ayah di sisi menyaksikan kekuatan luar biasa insan anak yang teguh dengan segala dugaan di rantau orang.

maka, abah tidak mahu seinci pun kepayahan yang dia alami dulu diteroka oleh anak-anaknya hari ini. berbagai usaha dan pengorbanan abah buat kami bertujuh.. cuma adakala anna yang alpa dengan perhatian abah selama 30 tahun anna bernaung di bawah kaseh restunya...

hari baik bulan baik ni, anna menyusun sepuluh jari buat AbaH yang baik budi, maafkan segala khilaf yang telah dan sedang anna lakukan terhadapmu. anna tidak pernah lupakan tiap detik usapan sayang sejak kecil, selepas mandi mesti diperiksa;

sudah wangikah atau masih bertepek daki,

masih berbaukah mulut atau putih gigi diberus sempurna,

jika berkudis,

disapu krim/salap
direndam dalam air kayu sepang yang suam
dipantangkan makan yang berbisa
dibawa ke mana-mana pakar kulit yang benar-benar pakar hingga tidak berulang lagi

jika ke sekolah,

dipastikan beres keperluan dari uniform sekolah hingga ke peralatan dan bekal sejak malam lagi,

diperiksa buku-buku latihan dan aktiviti (memang tak boleh kelentong la..)
baju uniform mesti bersih dan siap bergosok,

tidak memewahkan dalam urusan wang saku (katanya supaya kami ingat ke sekolah bukan untuk bersuka-suka tapi menadah ilmu, bukan kerana tidak mampu)

bila solat & makan,

mesti bersama

ketika pulang dari kerja,

anak-anak mesti berada di rumah

betapa tidak terbalas segala pengorbanan yang telah aBaH lakukan buat anna. maka harus bagaimana anna layak untuk menyarung busana anak solehah buat abah yang baik. tiada ganti sehebatnya!


Terima Kaseh abaH kerana berjuang, berkorban buat keluarga kita. Lagi nyawa dirangkul jasad, anna tidak rela membiarkan kesedihan dan kesusahan mendakap abaH.
SemoGa dirimu sentiasa dalam payungan rahmat, 'inayah, karamah, barokah dan cinta Rabbul Izzati...

KaMi SemuA sAAyanGG aBaH!

Renungan buat insan anak Soleh&soleHah;

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.

Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.”

Apakah perkataan yang mulia itu?” Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”

Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat redha kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”



Ni pulak abah Usamah. gambar ni candid diambil masa abu Usamah ralit kelim karipap. Tula kelebihan abu Usamah yang sangat anna tabik!!!

Ringan tulang menolong anna. alhamdulillah... semoga abu Usamah menjadi seorang abah yang cemerlang seperti abah mertuanya..:)

walaupun balik setiap minggu atau 2 minggu sekali, anna bersyukur kerana dia tidak pernah lelah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua bait muslim yang direstui oleh 2 keluarga. sesekali, teringin juga ya Usamah rasa menu istimewa air tangan abu Usamah ni..huhu

semoga keluarga kecil kita ini sentiasa dalam redha dan rahmat el-Qayyum!
SELAMAT hari ABAH buat ...

Hj. Mohd Azaman bin Mohd Zain

Hj. Mohd Azmi bin Hj. Fauzi &

Hj. Fauzi bin Abdul Rahman (ayah mertua anna ni..)

semoga Kalian dilimpahi Rahmat selamanya..