Ma adalah guru seawal denyut jantungku...
Di sana sini semua orang riuh dan sibuk dengan sambutan Hari Ibu. Setiap hujung minggu kedua bulan Mei saban tahun bonda, ibu, umi, walidah, mama, mak, mummy, mom, mother tiba-tiba jadi sohor. Sebelum tu dan mungkin bulan seterusnya, hati ibu kembali sunyi. Keraian bersifat sementara. Kecuali bagi insan anak yang benar-benar berazam menyemai bakti sementara nafas masih berbaki.Satu ketika, pernah tumit ini menghentak perut mu kuku jariku gagah mencakar kulit mulusmu adakala ku siku lenganmu malah kerap juga lututku menikam pinggangmu namun reaksimu? kau senyum walau tampang wajahmu terlukis selaut kepayahan menelan segala kesakitan tapi kau tetap katakan ia manis ku terus sakitimu hingga punah urat sendimu kau malah kian lebar senyuman ku tidak mengerti insan atau malaikatkah kau biar dipagut resah derita disuguh kesulitan dan kecederaan jari hangatmu puas hingga lenaku pulas ketika seterusnya kutegar menyakiti nubari halusmu dengan teguh kau pugar peribadiku hingga setinggi ini kau lupakan derita yang pernah kucipta untukmu kau lemparkan pawaka amarah yang memukimi sejenak tika ku mula melewati amanahmu mudahnya kau memaafkan hanya kerana aku pernah menyejukkan pohon hatimu katamu aku mengangkatmu tinggi di sisi Allah mulia di mata masyarakat tapi... ketahuilah ibuku kekuatan luar biasamu itu bisa memperkasa modal insan yang kaya jiwa pembekal utama hamba beriman yang masih setia menyambung tugasmu ikhlas, benar dan bening moga kau mendahului kami ibu menghuni syurgawi tuhfah agung buat insan IBU!
Setiap hariku adalah untuk Ma- Pn. Hjh.Faridah bt Hj. Hitam
 Syukur anna masih punya ma. Ya Allah ampuni dosa ma, anugerahkan ia kesihatan, terus rajin beribadah, dimurah rezeki ke Baitullah lagi, senang dan tenang hati, perkasa iman dan taqwa kepadaMu dan dipanjangkan usia yang barokah! Ameen..
Anna SAAAYANG sangat MA! tiap masa... Maafkan segala salah silap anna ye ma... Doakan anna juga menjadi umi yang sebaik dan sesabar ma! Terima kaseh untuk segala pengorbanan ma yang tidak pernah bernoktah. Ma lah guru ma lah bonda.. Moga kita sama-sama dikumpulkan di firdaus-Nya..
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home