Tuesday, July 29, 2008

Meriahnya MKQSS jQAF 2008 - Peringkat Zon & Daerah




Tilawah al-Quran

Dikir Barat

Kalam Jamaie

Kuiz




Empat acara dipertandingkan. Sekolah ana sertai tiga acara sahaja. Ana kagum dengan semangat murid ana, sekalipun baru tahun 1 & 2 sudah boleh diharap wakili sekolah dalam tiga acara berbeza. Bersaing pula dengan sekolah yang lebih senior dalam pelaksanaan jQAF. Sekolah yang murid jQAF nya sudah di tahun empat!



Tambah pula tempoh latihan yang terlalu singkat, ana tawakal sungguh-sungguh. Maklum, antara harapan pihak sekolah dan kemampuan murid ana yang masih terdapat kelompok blur @ keliru peranan mereka ketika latihan. Geram, kelakar, stress, bimbang dan yakin silih berganti mengambil tempat di ruang fikiran.




- 18 Julai 2008

Ana dihantar ke SK Jalan Bahagia untuk sertai mesyuarat MKQSS 2008. Bayangkan, majlis akan berlangsung 22 Julai, dan mesyuarat diadakan tiga hari sebelum. Hebat, memang hebat JAPIM PPD Temerloh. Ana rasa kurang seronok bila buat kerja secara tergesa-gesa @ last minute. Rupanya tidak, semakin dihambat tuntutan, diri semakin tegar dan fokus tidak mudah punah. Terima kasih Ustaz Ishak, perkenalkan formula magis ni!




- 22 Julai 2008

Bermula misi ana dan sahabat jQAF zon Temerloh turun ke SK Lanchang menjadi juri tapi bukan juri di hujung jari. Ana jaga masa dan pencatat markah saja. Zek ana calonkan sebagai hakim bahagian suara untuk acara Dikir Barat. Kumpulan dikir feberet ana, SK Sri Songsang. Aksi jogho nya sangat memikat. Memang fanatik la ana dengan jogho SK Sri Songsang ni. Siap ana rakam semula di belakang tabir aksi di pentas tadi. Namanya Adam. Sudah ana uploadkan gambarnya di atas tu.




- 23 Julai 2008

Giliran sekolah ana mengiring peserta ke pertandingan peringkat zon Temerloh-Kuala Krau. Semangat luar biasa 'anak-anak' ana. Suatu kebanggan dapat ke sekolah lain mewakili rakan-rakan yang tidak terpilih.





 1 Comments:

Blogger helang timur said...

"salam..
weh beshnyer..
de pesta lak yer..
gempaq btol..."

August 24, 2008 at 8:54 AM  

Post a Comment

<< Home