Thursday, May 29, 2008

Assalamualaykum Ustazah 2...

sambungan...

Semua tu sudah lama berlalu. Ana rasa kesal dengan peristiwa tu. Ana harap sangat satu hari nanti Fakri faham kenapa dirinya diperlaku sebegitu. Ana sayang budak tu. Jadi bagi buktikan kalam ana sebentar tadi, ana dah mula cuba kawal emosi dan sentiasa memandangnya dengan renungan makrifat!
Sekarang ini, kalau berselisih dengannya, ana selalu usap kepala dia walaupun ketika naik rehat yang semua orang arif keadaan murid sekolah masa tu. Ana cuba tahan nyawa bila mana dia rasa selesa sambil menyandarkan badannya yang berkeringat pada ana dan pastinya menabrakkan aroma terapi khusus buat guru kesayangannya ini!
Fakri bukanlah murid yang semua orang fikirkan...sampaikan sekarang ana masih keliru, apakah sikap bermusim Fakri itu dikategori sebagai penyakit atau hanya isu kanak-kanak seusianya.
Sudah banyak kali sekolah meminta ibu bapanya merujuk kepada doktor. Tapi respon yang diterima daripada ibu bapanya sangat mendukacitakan. Dengan kata-kata lain, mereka tidak memberikan kerjasama yang sesungguhnya.
Ekoran perubahan yang ana cuba realisasikan, baru-baru ni masa jaga kelas Fakri bagi kertas sains, ana bawa dia menjawab di meja ana. dia riuh bercerita tentang lori tanker yang menghempap kereta Gen -2 di selekoh Kampung Tenggoh, Jalan Triang (berhampiran rumahnya la kot).
Tiba-tiba, dia buka cerita tentang suatu kenyataan yang menggelikan hati ana,
katanya "dekat SK Belengu ada ustazah Karimah. Dia jahat, selalu pukul koi (dialek temerloh pekat. Walaupun sudah sering ana betulkan kepada ganti nama saya)"
"tapi bukan ustazah Karimah sini la..."
Ana rasa hendak ketawa kuat sebab cara dia cakap seperti biasa ikuti ceramah Dato' Ismail Kamus.
Ana cuba layan sembangnya... "ye ke? ustazah Karimah Belengu tu cantik ke?"
Jawabnya, "lawo, putih."
"ustazah Zakiah pun ada kat SK Belengu. tapi dia baik, bukan ustazah Zakiah sini la." tambah Fakri merujuk kepada rakan setugas ana.
Hati ana ketawa sampai guling-guling dengan ucapan akhirnya. itulah istimewanya Fakri, adakala bercakap seperti dia lebih dewasa dari usianya. tapi adakala dia membakar sabar ana hidup-hidup.
Tidak rugi sebenarnya mendengar luahan murid. Lebih-lebih lagi murid seistimewa Fakri.
Satu Ustazah nak beritahu Fakri, yang ustazah mahu Fakri lebih cemerlang daripada apa yang telah ustazah lalui. Maafkan ustazah andai segala kekasaran ustazah selama ini membuat hati nanomu cedera.
walaykumussalam Fakri!
~sekian~


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home