Monday, April 14, 2008

Salam Takziah..

Bismillahirrahmanirrahim…

Kelip-kelip disangka api,

Kalau api, mana puntungnya,

Hilang ghaib disangka mati,

Kalau mati mana kuburnya?

(relevan kah pantun ini?)


Ana rasa sedih dengan pantun ini. Entah kan sakit pening emosi ana sekarang langsung tidak dipeduli. Setiap langkah ana dihambat masa. Tidak sempat untuk menyapa ehwal diri, apatah lagi hati.

Tapi semalam, biarpun ana disergah pelbagai tugasan, nubari ini seruh jua langsung menyeru jeram di mata menebak arus. Kerana apa ?

Ana bukan sedih kerana mereka pergi, cuma ana rasa kalau ana di tempat mereka, sudah cukupkah bekal ana ? ana pastikah berakhir dengan penuh ketenangan isi alam ?

Al-Fatehah buat Allahyarham Ustaz Norman bekas guru j-QAF (masih dalam tempoh praktikum) di SK Wan Ibrahim, Kuala Lipis yang telah memenuhi undangan kekasihnya pada tengahari 3 Rabi’ul Akhir 1429 bersamaan 10 April 2008 (Khamis). Ana tidak tahu banyak tentang tragedi yang menimpa Allahyarham. Jadi sukalah ana tidak mengulas panjang lebar kisahnya.

Hati ana dipagut hiba bila mengenangkan seorang demi seorang sahabat seperjuangan pergi… sudahlah ustaz semakin kurang. Begitu lumrah alam. Buana ini sudah terlalu uzur. Maka isinya juga turut berubah mengikut janji yang Maha Mengetahui..

Al-Fatehah jua buat murid ana dari tahun 1 Jaya, Allahyarham Adik Muhammad Khairuddin Khairullah yang didampingi leukemia sejak kecil. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal pagi Khamis 3 Rabi’ul Awal 1429 bersamaan 10 April 2008.

“Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, keluraga kami, sahabat kami, seluruh muslimin dan muslimat, guru-guru kami, para pejuang di jalan-Mu. Berilah petunjuk ke jalan-Mu yang lurus dan benar. Janganlah Kau bolak-balikkan hati kami setelah kau suluh dengan hidayah-Mu. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung dan Maha Mengampuni.”

Minggu ini memang banyak kejutan buat ana. Bertali arus. Tidak tergapai di fikiran ana untuk hadapi semua ini serentak .


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home