Monday, March 10, 2008

Gaia, Gaia, Gaia

A'uzubillahi minasy syaitanir rajim..

Bukan drama komedi seram tu yang ana nak cerita, jangan salah sangka, dan jangan pulak fikir ana minat sangat pada karekter 'saka pondan' tu. Cuma, ada sesuatu yang lebih beerti buat ana tentang nama tu.

Seminggu dua sebelum ni, ana rasa, ana ni macam seorang yang tidak pasti. Bukan apa, asal ada perkara yang tidak kena, ana akan disoal siasata. Kalau ada tugasan mendadak, ana diminta selesaikan.

Memang agak tertekan pada mulanya. SANGAT. Tapi, alhamdulillah mungkin Allah pelihara ana dari bersarang rasa tidak puas hati atau sebarang mazmumah yang menjadi hidangan sang pendengki (iblis), maka dijadikan Allah, kesibukan menghantar ana untuk melupakan segala tekanan yang memasung rasa.

Ana sebenarnya takut. Takut dengan percaya orang terhadap diri ana yang TERLALU banyak kekurangan dan kelemahan yang tidak tertolongkan. Ya, Ampun!

Itulah dinamakan COBAAN (bak skrip Pendekar Bujang Lapok)

Tapi ini yang betul-betul, bukan cubaan...

Baru ni, ana dilantik sebagai SU K_l_b _u_u skul. Ana rasa seakan terlelap lepas pulang dari kerja. Betul kah yang ana dengar ini? Oh Tuhan, yang tidak ana mahu itulah yang mampir ke atas batu jemala ana.

Ana bukan sombong tidak mahu sandang sebarang jawatan. Bukan sikap ana begitu, cuma ana hanya mohon berilah seperca peluang buat ana bertatih menjahit pengalaman ana menjadi sepasang pakaian yakin yang boleh disarung sebagai wibawa ke daerah siri juang ana.

Malangnya, itu kehendak ana. Sedangkan, 'wa yuridaLLah hu khairan' ...dan kehendak Allah itulah yang paling baik.

Kak Gaia bisik kat ana, rupanya senior lain ada 'soksek' tentang penolakan ana terhadap jawatan tu. Dengan nasihat percuma, kak Gaia berpesan, terimalah sementara diri kita masih diberi kepercayaan. Kalau sudah ditolak awal, bimbang akan keruh kredibiliti seorang insan yang berusaha memanjat tangga profesionalisme, macam ana ni...
Tambah kak Gaia lagi, 'ini lah peluang untuk menambah markah p _ak_ _ku_ awak.'

Mendengar saja kalimah MARKAH, terus sahaja ana dibuai rasa lega. Benar-benar mengirim satu petanda yang sukar untuk diulas dengan bicara. Itu hanya sisipan bonus. Buat Motivasi insan ana yang sering dikejar agen pelemah.

Lebih dari itu, ana mahu jalan yang ana telusuri ini bakal dimengertikan oleh ajyal yang ana impikan sebagai penglestari perjuangan ana demi TUHAN, untuk TUHAN.

Moga, jalan ini petunjuk dari-Nya yang Maha Mengetahui dan Maha Menunjuki Jalan yang DiRedhai-Nya...


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home