Sunday, May 25, 2008

Rezeki Dari Langit

Makin kita mendekatiNya, makin kita diuji. Makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak datang dengan segera. Tapi, ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberiNya. Kerana Allah TIDAK memberi apa yang kita MAHU tapi Dia memberi apa yang kita PERLU!

Ana tidak pasti adakah ana sudah lulus ujian gara-gara telefon bimbit tidak berfungsi dengan baik, tetapi belum mampu untuk menukar yang baharu. Sampai ada yang tegur ana, “awak ni orang susah ke, sampai key pad pun tak mampu nak ganti baru?” sambil memandang telefon yang sudah banyak jasa buat ana, ana menjawab teduh, “belum masanya saya perlu.”

Masa ana mula dapat sms di atas tu, ana rasa betapa sekian banyak sesuatu yang hanya kemahuan ana, tapi sebenarnya tidak perlu atau penting sangat buat ana. Maka, tidak juga dilulus oleh Allah SWT walaupun ana rasa patut dapatkannya.

Justeru, rezeki daripada ar-Rahim baru-baru ni benar-benar meyakinkan ana, bahawa ana memang sangat perlu telefon bimbit baru!

Masakan putus ana bersyukur pada Allah Taala kerana memberi ana seorang adik yang sangat memperhatikan! Memang satu kejutan luar sangkaan bila Ala bagi ana hp nokia 5300 warna merah (sama macam hp Zek, sebiji! Sampai ana malu nak keluarkan dari beg tangan. Ana segan kalau dia kata ana minat hp dia dan dapatkan serupa macam dia.)

Ana baru terfikir nak beli yang paling murah. Bajetnya sekitar RM 200 paling mahal. Rupanya kuasa ar-Rahman mendahului rancangan ana. Ana gembira yang tiada noktah. Ana rasa Allah paling sayang ana! Syukrillah.. dan jazakallahi khairan kathira ALA ku!

Mudah-mudahan Allah beri ana rezeki lebih supaya ana dapat hadiahkan pula ma hp.


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home