Saturday, March 7, 2009

Tuhan, anna ingi dekat padanya...

Awwal marrah berpisah, peritnya hati. Gelapnya suasana. Betul ke anna ditinggalkan ni? Selama ni tak pernah singgah difikiran kesedihan ini akan menjenguk anna. Bila lihat sekeliling, betul lah anna sedang merindui seseorang!

Berat rasa anna, parah lagi perasaan saudara se syahadah kita di Ghazah. Anna sedar itu. Tapi anna masih meraba kekuatan di segenap jihat iman. Kalau lama tidak berjumpa, sekadar melepas rindu melalui telefon bimbit, anna ok. Tapi bila bertemu hujung minggu, detik paling menyedihkan adalah di stesen bas. Rasa nak bergayut di pintu bas! heheh..

Satu hari tu, sampai di sekolah pun anna masih sedu sedan. Rasa nak ketawa juga ada bila semua tu dikenang-kenang. Memang malu kat Zek, Nizah asyik berair je mata ni. Nak kata apa bila hati sayu, otomatis sistem hidro akan berfungsi sederas shalalat di Faiyoum.

Air mata kaseh, krn Allah

Sehingga tiba satu hissoh di kelas 2J, sedang anna bercakap-cakap dengan murid, hujan turun tanpa guruh, sifar kilat. Apalagi anna pun gelabah juga. Malu kat budak tahun dua cikgu menangis. padahal langsung tidak berkaitan dengan subjek.

Tetiba idea abe anna singgah di minda. Terus anna eksploitkan isu mutakhir biar jadi real!
Habis semua murid pakat diam. Ubat pensil picit diorang jatuh pun dengar. Berkaca-kaca mata memasing. Tak sangka anna berjaya mengheret mereka ke Tebing Ghazah. Mereka seolah-olah lihat penderitaan kanak-kanak sebaya mereka, makcik, pakcik sebaya ibu bapa mereka disiksa rejim israel laknatullah. Bangunan, rumah dibom. Bayi disiang macam ayam kat pasar.



Imagiasi kanak-kanak kan berkuasa daripada orang dewasa. Makin tekun anna tiup realiti ditambah dengan air mata anna yang tidak surut sampai ending cerita. Mungkin itu bahan maujud yang dapat anna gunakan sebagai maklumat tambahan untuk tajuk silibus Pendidikan Islam pada hari itu.

Anna rasa lega sebab dapat luah kesengsaraan orang lain sebagai kesedaran kepada anak-anak yang dilimpahi kesenangan di Malaysia ni. Walaupun anna guna serampang dua mata, sekurang-kurangnya, mesej anna sampai. Berbaloi apa...


Anna menangis kerana perpisahan sementara.
Anna sebak kerana tidak melihat kekaseh di sisi..
Anna muram bila lama tidak bersua...
Anna gundah mengenang nasib terpaksa berjauhan..
Pedihnya hati... melihat rindu lelah
Sayunya rasa... mendengar lirih sepi, sunyi

Sedang...

Mereka menangis rindukan syahid..
Mereka sebak kerana masih belum dipilih menjejak suami/isteri/anak bertemu Ilahi..
Mereka muram mengenang nasib yang dibiar saudara seaqidah seluruh dunia sendirian menentang musuh Allah!
Mereka gundah apabila umat Islam tidak lagi sudi bersatu dalam wahdah Islamiah...

Moga percikan ruh jihad Flastiniyun memercik ke perdu ruh anna agar lebih ampuh mendepani ujian bersifat sementara.


Anna, terus thabat mujahadah!

Kalau mahu ajyal gagah takwa dan perkasa iman, ibu sebagai madrasah harus mendahului segenap keping mujahadah segala jihad dunia. Betul tak?


Pewaris Anbiya'...mudahan anak anna sebahagian daripada mereka.

Anna mesti KUAT! Allah bersama-sama orang yang sabar dan mengirim kekuatan kepada hambaNya yang KUAT MENGINGATNYA!


 1 Comments:

Blogger helang timur said...

"salam..
smg selmat lahirkan bayi sulung..
:]
insyaAllah
dipayungi rahmat dan berkat dr-Nya..
;]
allahuma ameen"

April 3, 2009 at 4:31 PM  

Post a Comment

<< Home