Saturday, January 17, 2009

Mujahadah Mujahidku...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekilat kerdipan mata, sepantas deruan nafas, sedar-sedar sudah empat bulan Aem di permusafiran. Meski rindu tidak kunjung padam terhadapnya (sungguh) namun jauh di tasik hati tiada henti menganyam perca doa buat teman serahim meneruskan usaha agungnya mengibar panji haq, memartabatkan kalimatullah di bidang perubatan.

Anna rindu sungguh hendak mendengar gurauannya, gelak-tawanya, ungkapan bertenaga kala mengajuk panelis debat atau sesekali menabrak bakat seninya dalam pementasan ketika sidang istirohah bersama keluarga. Sekarang dia malah serius mengulangkaji kertas sukar lagi mencabar. Adakala hanya sempat meluang masa mengirim sms memaklumkan lewat ujian dan praktikal yang bakal dihadapi akhir-akhir ini.

Tiada kalam munasib bagi menyatakan kerinduan bahkan lebih kepada ucapan terima kaseh buat Aem kerana sudi meraup cabaran semasa bagi menyudahkan kursus yang boleh dikatakan antara paling sukar di dunia. Andai bukan dirinya sebagai penebus, entahkan bagaimana kesudahan episod penantian keluarga demi melihat jil yang sanggup menyarung baju labuh putih beserta stateskop di leher.


Teringat mehnah ketika menghantar Aem ke KLIA, berbagai adegan mendahului kegembiraan kami. Rupa-rupanya Allah berikan ubat dahulu sebelum sakit. Selepas sakit, dirawat lagi dengan kasih sayang melimpah. Syukran ya Rabb!




Ni pic Aem masa dia serius mengambil kursus kejuruteraan di UIA sebelum terbang bersama impian jurutera menjadi seorang Doktor! Katanya, itu sekadar tag line tasji' buatnya agar lebih bersemangat memperjuang nasib pelajar aliran agama mampu meraih kejayaan dua bidang sekaligus > ulama' profesional. Bukan provokasi membangkitkan isu sensetif. Semoga cita-cita Aem terus mekar mengharum di serata pelusuk buana Islami... sewangi darah syuhada' di bumi Anbiya' sana...

Kami setia menyokong dan mendokong mu Aem... wah, benar-benar RINDU ni!


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home