Friday, September 12, 2008

Bila Diri diKhitbah


Belum terlambat kiranya untuk ana ucap tahniah kepada sahabiat yang sudi mengundang ana ke majlis paling istimewa dalam hidup mereka.


Sebenarnya memang sudah lama ana pendam entri ini. Namun, peluang dan ruang jugalah yang bakal menjadi alasan ana sebagai musabab kelewatan.


Maklum saja, guna TM net sangat mahal buat ana yang sedang 'tiada apa-apa' ini. Perkiraan ana, jika dimurahkan rezeki, ana nak langgan streamyx. Jimat dan mudah untuk semua isi rumah menghubungi adinda ana di seberang laut. Sekarang, tidak boleh berangan atau sebarang yang sewaktu dengannya. Mudah-mudahan sinar materi mengelus lembut saku 'abaya ana 20 september ini...heheh


Emm.. berbalik kepada alkisah sahabiat ana yang rata-rata sudah bertukar gelaran di depan nama masing-masing. Cuma ana je adakalanya tersasul juga menulis 'cik' pada nama Siti Zakiah (teman setugas yang dekat di hati).


Sebenarnya, ana mahu berkongsi wasiat seorang bapa soleh kepada anak perempuannya yang telah melangsungkan perkahwinan dan pernah ana ladeni artikel itu pada tahun 2000. Bila ana cari semula di laman-laman web Islami, tidak juga bertemu. Terkilan...


Apapun, meski ana tidak mampu menghulur hadiah berharga buat sahabiat ana, semoga jalinan ukhuwah antara kami tetap bernilai dan tidakkan surut harganya di sisi Allah Taala, ameen..


Justeru, sebagai ahla zikraayat, ana ingin pahatkan gambar 'arusat yang sempat ana rakamkan biarpun tidak sekualiti kamera digital berjenama, wangian kasih antara kita tetap kelas pertama, di dinding kamar Ana Karimah ini.
Sudah penat berziarah dari web ke web, ana melewati suatu blog dan berjumpa puisi yang sungguh ingin ana abadikan di ujana blog ana pula.
Tahniah Azzahra' A.R melalui tarian pena yang diilham ar-Rahman kepadamu, bisa menggoncang kalbu insan yang berfikiran. Ana rasa macam pernah melumatinya seketika dulu. Semoga bermanfaat bagi golongan beriman.
Malam Pengantin
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

oleh Azzahra' A.R.



 5 Comments:

Blogger helang timur said...

"weh bile nak makan nasik minyak deme nie??"

September 19, 2008 at 12:10 PM  
Blogger INTAN RH said...

"salam dik,

akak pun attend majlis kawin siti zakiah tu sbb kakak dia kawan akak :)

kecik nya dunia :)"

September 24, 2008 at 3:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

"Kak Intan ni kawan kak ngah/kak sarina/zaharah?

saya yang pakai jubah maroon, tudung pink dan sebuk bagi bunga telur kat tetamu hari tu.."

October 10, 2008 at 5:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

"kawan kak dara kot...sbb tak tau kakak tu dlm kuaga dia, dipanggil apa...hehe...ala..kakak yg duk toronto tu ler :)"

October 10, 2008 at 6:10 AM  
Blogger anaKarimah said...

"kak dara tu sepupu kacip saya kak intan/intan jek?

macam penah tgk id ni (intan rh) di blog kak dara saya. sonok sgt dia ander rodong temeloh ziaroh blog dia.:))

pepun mekaseh puan intan, sudi jenguk blog koi yg 'bukan cinta biasa ni'..huhu

nk tau sgt kije di mana yek? koi ngajo di SK kg tengah tu ha je..

sng2 nk gak kenal teman mesra kak dara koi ni..

selamat berkenalan...best entries penah koi baca di blog puan!"

October 14, 2008 at 8:11 PM  

Post a Comment

<< Home