Tuesday, September 2, 2008

ZiNDeGi ek SaFaR liLLAH Taala

Sabda Rasulullah SAW: " Puasa itu perisai (daripada api neraka)."

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Mengingatkan zikraayat menjalani tarbiyah Ramadhan el-Mubarak di Assofirah, sedikit mencalarkan nubari. Masakan tidak, sememangnya sekarang rasa tenang memegangnya di samping keluarga. Namun tidak terbayarkan keindahan bulan maghfirah ini ketika safar ilmi di sana dahulu.


25 Sya'ban lagi, kariah sekitar sibuk menggantung fanus kecil, besar, murah, mahal. Malah sinarnya terus turun ke hati. Lantas hiduplah kegembiraan menyambut Ramadhan. Riben berwarna warni bersimpang siur mengikat ukhuwah tetangga apabila diikat dari syaqah(apartment) ke syaqah malah antara dua 'imarah(flat) bertentangan yang dipisahkan oleh landasan keretapi dan laluan kenderaan dua hala!


Ihya' Ramadhan diteruskan dengan berbagai aktiviti yang disandar kepada lisan, amal dan iqrar Rasul. Aduh, meriahnya suasana itu. Tidakkan mampu dihitung nikmat Allah kala menghirup udara Ramadhan di persisiran Mediterrenian.Terlalu istimewa. Sungguh!
Amalan masyarakat tempatan yang tadharru' (mengabdikan diri) tulus dan istiqomah telah menghantar suatu aroma ibadah yang mengesankan bagi ansorullah yang bermujahadah seperti ana dan sahabiat di daerah penuh warna kehidupan.
Amalan sedekah menjadi-jadi. Ma'idatul Rahman di sana sini...


Bersyukur kerana ana pernah mengecapinya dulu...

Sejuknya hati bila fikiran diajak terbang ke sana.

Nil... biiznillah ana akan kembali meneguk dingin sungaimu kerana diribaanmu ana pernah bertatih untuk berlari pada hari ini!

...dan sekarang, di bumi bertuah ini sekali pun mungkin pernah menerima jejak para Rasul atau sahabat atau tabi' tabi'in atau paling tidak aulia' dan solihin. (waAllahu a'lam..)

Ramadhan dirai dengan bazar makanan, disambut dengan percikan bunga api dan dentuman mercun lebih-lebih lagi tatkala imam terawih mengangkat takbir pertama...


Bagaimanapun nilai kita terhadap nikmat Allah yang terlalu istimewa ini, semoga Dia menerima ana, keluarga, sanak-saudara, para guru, sahabat-handai malah semua muslimin dan muslimat di Malaysia ini sebagai tetamu yang dilorong hidayah, ria'ayah dan hikmah. Mudah-mudahan selalu mendapat barokah dan rahmat lebih-lebih lagi maghfiroh dari segala khilaf dan dosa-dosa kami...


Berikanlah ya Allah rasa cinta & kelazatan beramal serta beribadah kepadaMu.

Terimalah taubat kami.

Ampunilah dosa-dosa kami sebagaimana bayi baru dilahirkan...ameen.


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home