Ketika Cinta Bertasbih
Pertama kali anna diperkenal oleh teman sekamar ketika di IPTAA (angah Jamilah) novel hangat 'pembangun jiwa' air tangan novelis kian sohor dari bumi Jawa- Kang Abik melalui Ayat-ayat Cinta. Rasa hati ingin melompat melumati latar damai yang pernah anna kagumi tiga tahun lalu.
Anna cuba dapatkan koleksi tulisan beliau yang lainnya lewat seputar pesta buku di PWTC tahun lepas. Latar kedua-dua novel AAC & KCB benar-benar membawa anna ke daerah kelana yang amat dirindui- Assofiroh Beach.
Sememangnya karya pembangun jiwa yang amat kaya dengan kaseh sayang antara Khaliq-makhluq.
Desir pasir di padang tandusSegersang pemikiran hatiTerkisah ku di antara cinta yang rumitBulan Jun-Julai 2008 secara tidak langsung membawa anna kembali ke 'daerah' itu lagi. Sering musafir kala lena bikin nubari anna keliru. Ada apa dengan El-Azhar & Sungai Nil? Apa salah anna pada mereka hingga anna terheret dalam masalah yang anna sendiri tidak faham kerana apa??
Ceritanya bermula bila anna selalu bermimpi yang anna masih berbaki kertas (tidak lulus) dan perlu segera kembali untuk langsaikan urusan kuliah dan sebagainya. Bahkan hampir setiap malam anna menempah tiket pesawat KL-CAIRO!
Berdebar-debar hati anna kala mengenang mimpi-mimpi pelik begitu. Apalah tandanya??? Langsung anna merujuk kepada sahabat baik anna di Kaherah - Amin Masri.
Diskusi dengannya membawa anna kepada suatu keputusan yang anna sendiri tidak mengerti dari mana ilhamnya.
Bila keyakinanku datangKasih bukan sekadar cintaPengorbanan cinta yang agungKupertaruhkan
Semoga mawaddah ini terus menabrakkan wangian cinta ke jannah-Nya
MasyaAllah, inikah tuhfah itu wahai Tuhan yang Maha Pengaseh?! Selama anna sendiri, anna sering mengoreksi kesedihan yang mendakap. Betapa mewah kolam mata anna tika itu. Resam wanita bujang, mudah disapa fitnah dan umpatan orang. Sedang hati anna, hanya anna yang merawatnya. Anna ternanti-nanti seorang pejuang yang bisa menyapu air mata ini penuh santun. Sayap kanan yang mampu memimpin tangan anna kepada mardhotillah sekaligus memulihkan kesakitan anna seratus persen! Anna sedia. Kali ini anna tekad untuk memulakan lembaran baru bersama insan yang dikirim Allah buat anna. Tapi, benar-benarkah ada?
Maafkan bila ku tak sempurnaCinta ini tak mungkin ku cegahAyat-ayat cinta berceritaCintaku padamuAnna sedar anna tak punya apa. Cantik tiada, berharta pun tidak, bijak jauh sekali. Dipendekkan kisah memang anna tidak seperti muslimah yang Allah kurnia pelbagai kelebihan yang menjadi idaman setiap pejuang. Namun, jauh di sudut hati paling jauh, anna punya cinta kudus yang Allah cipta buat 'tuan tulang' yang menjadi antara unsur kejadian anna.
Justeru, anna perlu kembalikan 'tulang' ini kepada tuannya. Mudah-mudahan pemilik 'tulang' ini sudi memaafkan 'si pencuri' tulangnya. hihihi...
Bila bahagia mulai menyentuhSeakan kubisa hidup lebih lamaNamun harus kutinggalkan cintaKetika ku bersujud
Saat yang bahagia, datang sekejap-sekejap sahaja..tapi tetap kualiti!
Akhirnya, benar-benar terjadi segala mimpi anna. Sedang anna melaluinya bagaikan mimpi dalam mimpi pula. 30 Zulkaedah 1429H saksi keserasian CINTA anugerah Rabbul 'Izzati!
Inilah Rawatan Cinta sebenar-benarnya dari Ilahi buat insan serba kekurangan seperti anna ini. Terima kaseh ya Allah 3X.
Sungguh keajaiban Ilahi mendahuli segala perancangan manusia.. Tempoh tiga bulan. 15 Sya'ban - 30 Zulkaedah 1429H menjadi kenyataan. Anna kira menyalin sedikit sebanyak jalan cerita Ayat-ayat Cinta antara Aisya dan Fahri. Sehinggakan anna lebih cenderung meminta sodaq tiga perkara daripada khatib anna.
* Mushaf
* Adawaatus Solah
* Khatim
Alhamdulillah si dia setuju. Nubari anna dihujani salju sakinah... Syukur yang tiada penghujung, teramat!
Patutpun mimpi menghantar anna ke Kaherah. Nak buleh ore deknu...:)
Bila keyakinanku datangKasih bukan sekedar cintaPengorbanan cinta yang agungKu pertaruhkanTob'an anna sedar risiko yang anna ambil ini sedikit sebanyak akan memberi kesan jangka panjang buat kami berdua. Namun, kekuatan daripada Allah jua anna pohon selalu agar terus ditiup ruh mujahadah dan sabar menghadapi kerinduan ekoran perpisahan sementara.
Alangkah manisnya cinta selepas pernikahan. Cinta yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya. Tiada tempat yang tidak ditimpa hujan. Begitulah diumpamakan kahidupan kami buat masa ini. Biarpun bersumbu kebahagian dan ketenangan, tetap harus menerima cubaan. Pengorbanan getir yang sudah menjadi corak kehidupan mutakhir ini. (suami isteri terpaksa berpisah sementara kerana tuntutan kerjaya dan tanggungjawab)
Mungkin ini juga dikata orang lama sebagai korban cinta. Syukur anna dianugerah-Nya pendamping yang sangat memahami, menyayangi alias menjadi rujukan utama anna dalam segala aspek. Kira anna beroleh pakej yang terbaik alhamdulillah. Melebihi daripada apa yang anna mohon selama ini. Syukrillah.
Ketika ku bersujud
Maafkan anna abe, andai kekuranganku tidak terhitungkan. Ku mohon agar dirimu tahu, anna sudah bersedia;
* Menemanimu dengan hati yang rela, setia serta menjadi pendengar yang taat.
* Menjaga pandanganmu daripada melihat kemungkaran dan tidak pula membiarkan dirimu tercium bau yang tidak enak melainkan yang harum sahaja.
* Menjaga tidur dan makanmu.
* Menjaga harta dan maruah serta anak dan keluarga.
* Tidak menderhaka akan perintahmu apabila disuruh, dan tidak pula membuka rahsiamu.
Wahai suamiku yang tercinta, terima kaseh sifar sempadan kerana sudi menyapu air mata ini...
sudi menjadi penghibur kala duka... dan yang termahal, sudi menerimaku seadanya.
5 Comments:
"Salamun alaik along..
cantik sungguh susunan kata2..buat akak leka membaca...
semoga bahtera dinakhoda bersama..
aman bahagia kehujung nyawa..
ameen..
mabrook.."
"Allah, Allah, Allah aduhai kak Dara ku...
alhamdulillah la.. kazen siape ni kan? kazen kak Dara, mestila pandai berbunga2. heheh
Allahumma ameen kak.. semoga doa2 kak terus naik ke langit ke-7.
Baru ni ziarah mama. dia berdua ok alhamdulillah.
Along doakan kak segera boleh kembali ke kampung semula ya..selamanya..amin.."
"ameennnn....Ya Rabbal alameen...
selamanya?
InshaAllah...kita hamba hanya mengikut ketentuanNya..
jkk ziarah mak abah kak.."
"rasa mcm jeles pulak...
uhuhuhu
;p"
"akak pon xlambat dh tu..sabo sket lg la..abes ngaji selalu!
bkn mdh nk saadah..
tp tak pulak rumit tuk capainya...
pastikan sabar sebagai busur. kena sasaran kita tak tercalar malah dihantar rasa lega krn kuat cinta Allah pd kita..
smg rs kaseh tu di dahului syg Khaliq ya.. pd ehem2"
Post a Comment
<< Home