Saturday, January 17, 2009

.::Indah Nisf Sya'ban::. Kasehku Amanahmu


.::15 Sya'ban 1429H::.

Ana tak tahu kali ke berapa dah puji dan syukur ke hadrat Allah Taala kerana akhirnya memberi kesempatan istimewa buat ana mengenali insan yang dipilih-Nya. Ana harap semua ini adalah mukaddimah hikmah yang dijanjikan oleh Allah kepada ana si el-mumtahanah ni.

Meminjam doa dari as-Syahid Sayyid Qutb;

Ya ... Allah, Jika aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada–Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai–Mu

Ya ... Muhaimin, Jika aku jatuh Cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada–Mu

Ya ... Allah, Jika aku jatuh Hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada–Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya ... Rabbana, Jika aku jatuh Hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati–Mu

Ya ... Rabbul Izzati, Jika aku Rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan–Mu
Dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga–Mu

Ya ... Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih–Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir–Mu

Ya ... Allah, Jika aku jatuh hati pada kekasih–Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia pada–Mu

Ya ... Allah, Jika kau halalkan aku merindui kekasih–Mu
Jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada–Mu

Ya ... Allah, Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu
Kukuhkanlah Ya ... Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan–jalannya, penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada – dada kami dengan limpahan keimanan kepada – Mu dankeindahan bertawakal di jalan - Mu
Amieen.. ya Rabbal 'alamin...

Sebagai seorang muslimah biasa, ana juga tidak sepi dari melakukan khilaf dan silap. Justeru ana berjuang untuk berhijrah kepada yang lebih baik.
Bersuluhkan surah Yaasin, berpasakkan rintihan, rayuan, tangisan keinsafan, berteduhkan rasa cinta dan belas kasihan Pencipta kepada makhluk-Nya, ana merafakkan harapan dan impian moga dipertemu insan pilihan Allah.
Pemuda alias calon suami yang barokah dan penuh ta'zim menerima segala kekurangan ana.
Sungguh, ini tuhfah paling hebat pernah ana peroleh.

Semoga dia mendengarkan rasa hati ana ini...

Ya 'asali, ya sukkari, ya qalbi...

Bila sampai ketika diriku rela pergi bersama dirimu, kutinggalkan orang tua dan sanak saudaraku, ku ingin engkaulah yang mengisi kekosongan hatiku. Naungilah diriku dengan kasih sayang, dan senyuman darimu.

Sedang saat ku ingat tika aku ragu memilih siapa pendampingku, ketakwaan yang terlihat pada qarinah mu dengan Pencipta Agung yang mempesona diriku.

Saidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya oleh seseorang, "sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku nikahkan dia?" Ali r.a. pun menjawab, "Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, sebab jika lelaki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika ia tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya." Ku harap dikaulah lelaki itu, duhai bakal suamiku.

Jika kau melihat kekurangan pada diriku kelak, ingatlah pesan baginda SAW, “jangan membenci seorang mukmin (lelaki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai.” (HR. Muslim)

Sedarkah kau bahwa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya? Bukankah kau tahu bahwa hanyalah Allah yang Maha Sempurna.

Malah usah lah kau hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu ini? Janganlah engkau mencari-cari selalu kesalahanku, padahal aku telah taat kepadamu.

Sekiranya terjadi kesalahan yang tak sengaja ku lakukan, mungkin saat itu engkau mendambakan diriku sebagai isteri tanpa kekurangan dan kelemahan. Perbaikilah kekurangan diriku dengan lemah lembut.
Kerana Rasulullah SAW ada mengajarkan kepada dirimu, saat Muawiah bin Ubaidah bertanya kepada baginda tentang tanggungjawab suami terhadap isteri, baginda pun menjawab, "Dia memberinya makan ketika ia makan, dan memberinya pakaian ketika dia berpakaian."

Janganlah kau kasar terhadapku, kerana Rasulullah SAW pun tidak pernah berbuat kasar terhadap isteri-isterinya.

Tahukah kau balasan yang akan dianugerahkan kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap isteri-isteri mereka?

Renungkanlah bahawa, "mereka yang berlaku adil, kelak di hari kiamat akan bertahta di singgasana yang terbuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap isteri-isteri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya." [HR Muslim].

Kudoakan dengan sepenuh hati bahawa kaulah kelak salah seorang yang menempati singgasana tersebut, dan aku adalah permaisuri di istanamu.

Jika kau punya waktu ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka biarkan aku menuntut ilmu, namun tak akan kulupakan tanggungjawabku, sehingga kelak diriku dapat menjadi sekolah buat putera-puterimu. Bukankah seorang ibu adalah madrasah ilmu pertama buat cahaya matanya?


Semoga kau selalu mendampingiku dalam mendidik putera-puteri kita dan bertakwa kepada Allah.

Biarpun diri ini belum jelas tentangmu, sejak perkenalan pertama lagi hati ini menjadi tenang dari sebelumnya. Padaku, ri'ayah Allah menaungi hubungan mulia ini.

Kita masih punya masa. Dan hingga akhir rasa ku tetap menanti dengan penuh setia dan sabar hari indah itu akan muncul dan senyum padaku... Percayalah kesetiaan ku ini tumpah padamu seorang!

Ya Allah,
Engkau-lah saksi ikatan hati ini...
Engkau-lah yang telah menentukan hatiku jatuh pada lelaki ini,
jadikanlah cinta ku pada calon suamiku ini sebagai penambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...




 0 Comments:

Post a Comment

<< Home