Friday, April 3, 2009

Sukarnya Berurusan dengan MANUSIA..

Bismillahirrahmanirrahim...

Boleh dikatakan sejak dua menjak ni agak banyak perkara yang merunsingkan fikiran anna.

1. Anna dimaklumkan makcu ada menantu sepupu dia yang mengajar di Pengkalan Chepa hendak sangat bertukar ke daerah anna kerana mengikut suaminya. Wah, terharu dan terujanya anna!

Tapi, dia sudah berjanji untuk bertukar suka sama suka dengan juniornya di UIA dulu yang mengajar di Jengka 20. Habis, bagaimana?

Kerap juga dia mesej dan anna memanggil balas untuk persetujuan selanjutnya. Sebelum ni anna bukan tidak bertanya padanya, dia kata dia akan bertukar dengan anna sekiranya pengesahan jawatan anna dapat disegerakan.

Habis, bagaimana dengan sahabat di Jengka tu, bukankah mereka sudah sama-sama menghantar permohonan? Di situ nampak seperti tidak adil. Apapun anna hendak lihat sejauh mana kesetiaan dia pada kalamnya. Malangnya, bila anna sangkut di sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (gara-gara sijil asal tergendala urusannya di kuliah), maka dia mula seperti sudah tidak berminat tukar suka sama suka dengan anna.

Anna agak frust juga. Bagaimanapun anna kuatkan hati untuk hubungi dia dan minta penjelasan jujurnya. Jelas, dia tanpa sengaja mencederakan semangat anna untuk bertukar ke kampung halaman abah dan suami. Yang anna musykil, kenapa dia hubungi anna selama ini dan menghantar secubit harapan buat anna yang sangat lah mengharap...? Kalau sudah berjanji dengan orang, usahlah memasang janji kedua dengan orang lain pula.

2. Anna bertanyakan borang tukar kepada kerani sekolah anna. Macam-macam alasan diberikan kepada anna.
-Payah hendak bertukar ke Kelantan.
-Awak dah cukup 3 tahunkah mengajar di sini?
-Bagaimana dengan guru lain yang sudah lama memohon hingga sekarang belum diluluskan?

anna jadi bengang bila diaju persoalan bertubi-tubi begitu. Sedangkan bukan kuasa dia meluluskan permohonan anna. Apa pendapatnya kalau dia berada dalam 'kasut' anna sekarang?

3. Desas-desus daripada kawan-kawan sekarang dibuka kembali pertukaran guru-guru jQAF di dalam dan di luar negeri. Peliknya, GB isytihar yang dia tidak akan melayan sebarang permohonan pertukaran guru-guru jQAF. Berkali-kali dia mengulang dalam mesyuarat tergempar. Apa makna semua tu?

4. Sijil anna masih belum siap sedangkan sudah 4 tahun tamat belajar. Bila hubungi Kedutaan Malaysia di sana, sukarnya dapat bercakap dengan mas'ulahnya. Anna memang serik berurusan dengan masriyun. Tapi rupanya dengan orang kita pun lebih kurang sama saja.

Syukur anna masih punya saudara se uterus dan saudari se 'imarah untuk bertanyakan status sijil tu. GRACIAS!

5. Boleh ic anna tidak ditemui dalam dompet? Masa bila pula anna buat urusan yang memerlukan penggunaannya? Mestila anna panik. Tidak pernah jejak kaki ke Balai Polis Daerah, 27 Mac baru ni anna sampai juga ke kaunter aduan.

Pergi ke JPN anna dikenakan bayaran RM110 biduni fisol (tanpa tawar-menawar) kecuali dengan surat rayuan yang dikeluarkan oleh Penghulu. 1 April baru lah anna dapat bergegas ke pejabat Penghulu sebab kebelakangan ini agak sarat dengan tugasan. 3 April anna ke pejabat tersebut dari jam 3.00-4.00 petang, langsung tidak nampak bayang kerani, apatah lagi Penghulu. Biasanya, bila dekat-dekat pilihanraya, jarang brlaku situasi begini. Perkhidmatan dijamin telus. Siapa hendak jawab kes begini?

Rupanya ada hikmah disebalik kekalutan dan kebengangan anna pasal pejabat Penghulu langsung tidak dibuka. Ic anna ditemui dalam file holder. Dari bulan Februari lagi ic berada di situ. Wah, benar-benar cemas dibuatnya!


 2 Comments:

Blogger ummzaid said...

"sian along..
macam kak chah kita dulu la..
nak tukar ke Tganu susah..
cuba lah terus..
moga ada jln, InshaAllah.."

April 7, 2009 at 6:17 AM  
Blogger anaKarimah said...

"tu la kak cabaran diMesia ni. bila dh dpt krja alhamdulillah. tp kerenah birokrasi pulak yg menyusah2kan perkara mudah. takpela, along yakin pada rezki. klu dh tertulis di Luh Mahfuz lagi along akan bertuka dan menetap di Serambi Mekah tu, mcm2 mana pun... along akan ke sana satu ketika nanti. mudah2an dipercepat..ya Rabb!

Maceh atas keprihatinan kak (^^,)"

April 19, 2009 at 1:42 AM  

Post a Comment

<< Home