Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan El Kareem


Alhamdulillah...dengan izinNya anna sekeluarga dapat lagi menghirup aroma Ramadhan 1431H.

Meskipun, langit lain yang menaungi anna, malah bumi lain yang anna injak. Namun tempat ini bukan asing bagi anna. bumi kelahiran abah yang dihormati.. anna bersyukur sangat dapat menumpang doa Tok Guru, malah golongan 'alim ulama' di tanah rendah sekebun bunga! dah lama anna memasang niat untuk jadi sebahagian daripada warga negeri Serambi Mekah ni. Peluang yang datang bergolek takkan anna pandang saja. Syukur juga sebab semuanya smooth. Siapa sangka, jajahan yang paling sukar untuk ditembusi oleh malah pribuminya sendiri yang sering bertukar tempat kerja. Alih-alih anna yang hanyalah menumpang kelebihan bersuamikan rakyatnya, dapat berteduh di kota yang paling sesak selepas KL. Menarik betul rasanya pengalaman yang tak diduga ini... rezeki Wafa'. Allah Maha Kaya dan Pemurah..

Bayangkan aturan cantik Allah itu..
Mula-mula anna dapat tahu daripada makcu, menantu sepupunya (pakya) mengajar di Pengkalan Chepa. Nak bertukar ke Temerloh. Maka anna lantas dihubungi oleh menantu pakya yang dikenali sebagai fairos. Dalam hati anna ada sekuntum bunga yang sedang kuncup menanti mekarnya harapan...
Walaupun gembira, tapi ada sesuatu yang menganggu. fairos sudah berjanji dengan ct rafeah untuk bertukar suka sama suka. habis, apa tujuan dia hubungi anna? masa tu, memang anna frust dan sesak nafas. dalam hati, anna terkilan juga. kenapa contact anna sedangkan dia ada partner untuk bertukar? tidak tahukah dia betapa tinggi dari Everest lagi impian anna??

sampai suatu masa dan ketika, fairos tidak sabar lagi untuk memproses permohonan bertukar suka sama suka. sedangkan, ct rafeah menghadapi masalah dalam urusan temuduga pengesahan jawatannya. tentulah masalah ini akan menganggu kelancaran proses pertukaran. maka, tidak semena-mena, anna dihubungi lagi. kali ni anna biarkan fairos sendiri mengatur rancangan. dia sanggup untuk mungkiri janji bertukar dengan ct rafeah dan beralih untuk bertukar dengan anna saja. tambahan pula, suaminya mengajar berdekatan dengan rumah yang kebetulan sedaerah dengan anna. memang pakej hebat la kalau dia buat keputusan untuk bertukar dengan anna saja. habis, macamana pulak dengan ct rafeah? anna fikir juga perasaan dia. dan anna ada juga meletakkan diri anna di tempatnya..alangkah kecewanya dia..itu sudah pasti!

sudahnya, fairos tetap bulat tekad untuk bertukar dengan anna. kira anna ni macam ditelan pahit, dibuang sayang dibuatnya. tapi, memang anna tak berani bercakap dengan ct rafeah sendiri tentang konflik yang berlaku. anna serah sepenuhnya kepada fairos. sebab dia yang berjanji juga meleraikannya. anna hanya menadah tangan kesyukuran pada Rabbul Jalil. kerana Dia terlalu mendengarkan keluh kesah anna. juga doa Wafa' yang ketika tu bermain dalam rahim uminya. mungkin...

dipendekkan kisah, disember 2009 anna diarah melapor diri di salah sebuah sekolah di Pengkalan Chepa KB. dan fairos ke sekolah anna. pelbagai pahit getir selama membuat urusan pertukaran ini, terbalas juga dengan senyuman paling manis.akhirnya, mekar jua sekuntum bunga dalam hati anna!

kenapa anna teringat balik pasal ni ya? pertama sebab dah lama anna tak buat entri dlm blog kenang-kenangan daripada ustaz zul(sahabat lama di Keherah dulu) ni. keduanya, sekarang baru anna rasa sendiri rezeki anak ni luas. tidak semesti dalam bentuk materi. malah emosi, kebahagiaan dan sebagainya.. dan yang ketiganya, anna seronok sangat jadi warga KB melalui jalan-jalanNya yang tidak disangka-sangka! Alhamdulillahi masyaAllah! terima kasih juga kepada Bahagian pertukaran di Putrajaya kerana menjadi wasilah kegembiraan anna sekeluarga. semoga Allah merahmati setiap amal soleh kalian.


 0 Comments:

Post a Comment

<< Home