Wednesday, May 20, 2009

Tatkala diri dimartabat Pencipta...



"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi 'alaqah (segumpal darah), dari 'alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu Kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik."
(surah al-Mu'minun: 12-14)

MasyaAllah! Kalimah tu paling tepat buat insan anna yang serbi kurang ini.
Mungkin sesiapa sahaja pernah lalui rasa anna ni. Ingat nak kongsi sebagai penambahbaikan dalam menyarung gelar hamba Allah yang tidak punya apa kecuali yang dipinjam Rabbul Jalil sahaja.
Pernah dulu anna terfikir untuk mengambil anak angkat. Bayi perempuan. Tapi bimbang pulak bila kenangkan pengkhianatan zaman sekarang terhadap golongan hawa. Apakata ambil bayi lelaki lah. Tapi rata-rata golongan Adam juga tidak terlepas daripada fitnah- malas, samseng, dadah, gam dan 1001 lagi masalah sosial yang merendahkan kualiti kaum lelaki dewasa ini.

Kenapa pula sampai terpaksa ambil anak angkat?

Sebab anna rasa seolah tiada jodoh buat anna bila usia melebihi suku abad. Ditambah dengan tekanan pelbagai sudut. Rupanya stres juga sementara memakai gelaran bujang.

Golongan bujang yang tidak mampu bernikah disebabkan mempunyai masalah dan kesulitan serta kesusahan mereka ini mendapat perhatian dalam Islam dan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

...dan hingga sekarang pun anna tidak pernah lupa kepahitan yang dirawat dengan rawatan paling ekslusif oleh Allah Taala apabila menuhfahkan nurein buat anna dan suami. benar-benar qurrata a'yun!



Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).

Sesungguhnya, inna ma'al 'usri yusro...

Selalulah meminta-minta pada-Nya kerana Dia tidak pernah kurang merindui rintihan setiap kita...

Pertama kali diberitakan khabar gembira ni melalui 'pragnancy test', anna terus sujud syukur, malah terus tunai puasa nazar sehari! Sekarang giliran anna rasa riangnya dimartabat Allah mengunguli gelaran UMI.Girang yang luar biasa. Lebih dari sukanya bila lulus exam atau temuduga. Mungkin inilah pengalaman yang dilalui oleh Ma masa mula-mula anna dia dirahimnya...alahai comelnya..heheh

4 hari lewat datang bulan, anna terus ajak suami mendaftar di Klinik Ibu & Anak, Sungai Ara Mentakab.Doktor pun buat-buat shock keterujaan anna setara itu. Macamlah tidak pernah berlaku sebelum anna kes serupa. Normal bagi anna memandangkan usia yang kian menggigit. Alhamdulillah Allah yang Maha Kaya memenuhi hajat emas anna ni. Mungkin bagi misi-misi di situ, belum sempat honey moon lagi, dah nak buleh baby. Tak payah! sergah anna. Tapi dalam hati je lah...hihi

bila dah daftar awal, mula lah loya memikirkan kena minum air gula bagi memastikan kesihatan ibu ditahap maksima dan bebas diabetis. setakat ni sudah 2x anna dikehendaki minum air glukosa. petua supaya rileks ketika meminumnya, hendaklah menutup hidung sementara ia mengalir di tekak. Gerenti bereh!

Bila kandungan masuk minggu ke 5-7. Anna alami alahan ringan. Satu pagi tu, sedang syok jemur kain, tiba-tiba datang rasa loya sebab tidak tahan bau pelembut kain downy. tup tup...terduduk di birai longkang (muntah la..)
mujur masa tu suami ada. diala tolong gosok-gosok belakang. pergh..pahitnya! siap ada perisa ikan lagi tu...
petang tu, kalut pulak lah ma menanya jiran-jiran kot ada mangga muda sebagai mengalas tekak anna yang mula meragam.
sampai ke bukit cermin memburu buah mangga. Sekata dapat setangkai, mujur sempat ucap basmalah. dengan terliurnya anna terus ngap mangga muda tu. ma dan suami anna menahan ngilu melihatkan ketangkasan anna menghabiskan sebiji setengah mangga muda. emm...puas hati. selama ni anna tengok di tv saja keletah bakal-bakal ibu. sekarang anna lakon balik watak tu.

Alhamdulillah.. alahan tu anya sementara. masuk minggu 8 hingga sekarang anna normal seperti orang lain. syukur alahan tidak lama. maklum, abahnya jauh.. kalau banyak songeh, siapalah sudi melayannya?

Masuk minggu 14, sudah mula rasa flying kick nya.. saat ni paling syok. Walaupun agak lembut, tapi bisa mengejutkan lena anna! wah, untung jadi wanita. Biarlah penat 1000000 kali, takkan bisa diganti dengan saat manis seperti ini. sejak awal kandungan, anna kerap amal potongan ayat dari surah al-Mu'minun kat atas tu. anna niatkan agar dikukuh dan subur rahim buat didiami si comel ansorullah ibnu/bintu Muhammad Azmi.

kepada sahabat yang pernah keguguran juga anna wasiatkan agar amalkan ayat tersebut. sebagai usaha kita dengan Pemberi Nikmat...

sebut pasal scan, memang anna teruja sangat nak scan lagi. kalau dengan klinik kerajaan, masuk 7 bulan nanti baru akan scan untuk memastikan tahap kesihatan si kiut dan plasentanya. mungkin anna harus lakukannya di klinik swasta. bukan tidak sabar. tapi sebagai usaha memastikan nunu benar-benar gembira di qararin makin uminya ni...

doakan anna dan nunu selamat serta sihat. insyaAllah jika tiada aral, due date nya 2 syawal 1430H. (macam tarikh lahir abahnya..)
Terima kaseh kepada semua yang mendoakan anna dan suami selama ini. semoga kalian beroleh rahmat dan 'inayah-Nya!









 0 Comments:

Post a Comment

<< Home